Sah sehingga 9 November Sahaja!

Selasa, 2 November 2010

PANDUAN, CONTOH SOALAN & TIPS UJIAN / PENILAIAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD) M41

BILA BINTANG BERSUARA...

Assalammualaikum dan salam 2 all.
Apa khabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya.Sedar tak sedar dah masuk bulan November kan. Ini bermakna jika panjang umur kita , lebih kurang 1 bulan lagi untuk merealisasikan azam tahun 2010. Bagaimana dengan azam kalian tahun ni? Udah tercapai atau enggak? :)

Berbalik kepada tajuk entri pada kali ini iaitu berkenaan dengan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) / M41. Kita seringkali mendengar ramai calon yang GAGAL dalam Peperiksaan Bertulis ni.Kenapa yer?

Daripada pemerhatian secara rambang menunjukkan faktor - faktor yang menyebabkan anda GAGAL kerana:

- anda tak tahu format soalan
- soalan-soalan begitu banyak dan anda tergamam
- anda tak cukup persediaan
- anda tak tahu bagaimana nak bersedia
- anda tak tahu apa yang perlu dibaca
- anda tak tahu di mana rujukan tepat
- anda tak pernah buat contoh soalan
- atau mungkin anda anggap yang ianya bukan rezeki anda..

Jika ditanya kepada pengalaman - pengalaman kepada setiap calon yang pernah menduduki ujian SPA ini mengatakan masalah UTAMA kepada mereka ialah :
  • Tiada satu rujukan khusus untuk membantu dan menunjuk cara tentang bagaimana nak bersedia, 
  • Tidak tahu apa soalan yang akan ditanya
  • Bagaimana bentuk soalan, apa seksyen dan penilaian sebenar atau secara umumnya, 
  • calon tak tahu apa sebenarnya yang bakal mereka lalui.
BERITA GEMBIRA UNTUK ANDA!


Pihak Tips PTD telah menyediakan Panduan Lengkap untuk menghadapi Peperiksaan PTD yang akan diadakan pada 13 November 2010 (Sabtu) nanti. Jualan telah dibuka mulai SEKARANG sehingga 9 November 2010. Ini bagi membolehkan anda mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pakej tersebut. Jangan terlambat kerana nanti anda juga yang rugi.

p/s :Inilah masa untuk anda menebus kembali kegagalan yang lalu. Miliki pakej rujukan ini sekarang di sini!


Khamis, 18 Februari 2010

Dah faham apa itu affiliate?

BILA BINTANG BERSUARA...

Salam sejahtera kepada semua rakan - rakan saya di luar sana, dah masuk bulan ke 2 dalam tahun 2010. ermm rasenya dah lama saya x hantar entri ke dalam blog saya ni. Dalam sibuk-sibuk kita lalui kehidupan hari ni dan meninggalkan hari-hari semalam sudah tentu pelbagai kenangan yang kita dapat dan lalui kan..
Pada entri hari ini, saya nak kongsi dengan saudara sekalian tentang 1 kaedah dan cara kita menjana kewangan di internet iaitu affiliate..

Apa yang anda faham apa itu affiliate?

Affiliate yang paling popular adalah
“Affiliate Yang Dibayar Berdasarkan Jualan”

Atau..

Pay Per Sales (PPS)

Maknanya. kawan - kawan perlu promosikan sesuatu
Laman web produk yang pasang affiliate di internet.
Jika ada jualan dilakukan, rakan - rakan akan
terima komisyennya.

Contohnya:

Abu sertai affiliate milik penjual bernama Jamal.
Jamal menjual ebook Tip Kurus. Abu promosikan
laman web Jamal di facebook, email pada rakannya,
di forum dan juga blognya dalam masa satu hari
. Kemudian ada la 10 orang yang membeli hasil
promosi Abu tadi. Komisyen yang diberikan oleh
Jamal adalah RM20 untuk setiap jualan. Jadi berapa
Abu dapat? Ya..RM200 yang Abu dapat. Sungguh
lumayan..

rakan - rakan faham dengan penerangan di atas?

Dalam masa sehari saja Abu boleh dapat RM200.rakan sekalian rasa mustahil?

Tiada yang mustahil..Itulah cara terkini orang
cari duit di internet.

Sekian saja entri dari saya, tunggu entri saya di lain
masa. Saya akan cerita lanjut berkenaan affiliate ini.

Ps :Kalau kawan - kawan nak tau lebih lanjut bagaimana nak menjana wang di iinternet ni boleh dapatkan ebook terbaru saudara JaMaL iaitu dengan klik RAHSIA AFFILIATE KERAJAAN 

Khamis, 31 Disember 2009

2010 - MEMBUKA TIRAINYA....



BILA BINTANG BERSUARA...

Salam2all,


Tirai 2009 telah melabuhkan tirainya, jendela 2010 pula datang menjelma..
Segala variasi 2009 yang ditinggalkan sudah tentu bercampur - baur
Indah, gembira, suka, sedih, duka,luka, berdarah,berjaya, gagal..
Itulah antara koleksi yang dikumpulkan saban tahun.


2010 membuka tirai yang isi rumahnya tidak tahu lagi apa ceritanya
Semoga tidak berkecamukan dengan hambatan dan kengkangan
Semoga 2010 dapat meluncur dengan baik sahaja.
Salam 2010 untuk semua..


sekitar sambutan ambang 2010 - Kenduri Puisi

Rabu, 23 Disember 2009

BERNOSTALGIA SEKETIKA...

BILA BINTANG BERSUARA...

Nostalgia
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat


Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah 
  
Salam 2 all..
 
Lebih kurang 2 minggu lagi cuti sekolah akan melabuhkan tirainya, maka ketika ini  kelihatan berbondong - bondong orang pergi membeli - belah untuk persiapan anak - anak mereka ke sekolah nanti. Bagi si anak inilah saat - saat yang dinantikan sementelah sekian lama merehatkan minda di rumah dan sekarang bersiap sedia untuk memasuki sessi persekolahan semula ibarat handphone yang dicharge penuh.

Apa kaitan lirik yang aku post kan ini yer.. Memang benar 1001 kenangan indah masa zaman persekolahan dulu kala tak dapat dilupakan. Nama - nama seperti Faiz, Rozaidi, Raja, Ikmal, Shafik Wazan, Mat, Nash,Rifin, Izuan,Jul, fuad mansor, hakim..wahh. ramai lagi rodong - rodong lain yang akan membuat tangan penat nak menaip nama kalian. Ini antaranya sahaja.. memang pelbagai cerita yang sekiranya dijadikan hikayat 1001 malam tak akan abis. Maklum lah, cerita start je bermula pada hari pendaftaran 1st day la kata orang putih sampai la keluar sekolah. baik cerita lucu, sedih, gembira yang menjadi tukang karutnye, yang menjadi awak-awaknya, aduyai.. best tul zaman tu..

Ni pulak antara nama cikgu - cikgi yang pernah berada sezaman dengn aku dulu..huh
  1. ust. ismail (mudir)
  2. pn zahrah
  3. pn norley
  4. ustzh zuhaifah
  5. ust iqbal
  6. cikgu shukri
  7. cikgu khairul hazman
  8. cikgu rozaimah
  9. cikgu raihan
  10. cikgu razali
  11. cikgu yazid
  12. ustaz sheikh
  13. ustz aziz jordan
  14. ustaz aziz mesir
dan ramai lagi  laa. bukan tak ingat, ket nye lenguh jari dah..
 
Aku mendoakan semoga guru - guruku ini berada dalam lindungan Allah SWT tak kira la sekarang ni kat mane berada begitu juga kawan - kawan yang lain...



Khamis, 17 Disember 2009

SALAM 1431Hijrah ... Optimis kepada kemenangan ISLAM..

BILA BINTANG BERSUARA...



Salam 2 all,


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat ISLAM dan IMAN yang menjadi tiket kepada hambaNya untuk diterima setiap amal kebajikan yang dilakukan, selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW yang diutuskan untuk rahmat seluruh alam, ahli keluarga Baginda, para Sahabat dan seluruh pengikut jejak langkah Baginda sehingga yaumul Qiyamah.


Dalam kesibukan masa yang dilalui saban waktu ini, sama ada kita sedar atau tidak tahun 1430 Hijrah akan meninggalkan kita dalam beberapa jam sahaja lagi. Dan ucapan ahlan wasahlan wa marhaban kepada tahun 1431 Hijrah yang akan berkunjung tiba selepasnya nanti. Begitulah putaran masa yang terus meninggalkan kita.Persoalannya, waktu - waktu yang ditinggalkan pergi itu adakah diiisi dengan sebaik mungkin untuk dijadikan bekalan kita di sana nanti.


Sudah pasti sekarang ini ada mereka yang sibuk untuk pelbagai acara sambutan ma'al hijrah tanpa mengira peringkat, dari sekecil - kecil sampailah sebesar -besar peringkat. Hebatnya sambutan  ma'al hijrah di tanah air kita ini diisi dengan pelbagai pengisian. Ada yang mengadakan PERARAKAN, ada buat CERAMAH, dan tertinggal mesti ada MAKAN-MAKAN.. Itulah hebatnya sambutan ma'al Hijrah di sini.


Apabila kita menelusuri Sirah Nabi di kala Baginda diperintahkan oleh Allah SWT berhijrah pelbagai peristiwa yang berlaku untuk dijadikan i'brah dan panduan kepada umatnya masa akan datang. Antara peristiwa daripada pelbagai peristiwa yang direncanakan oleh Allah SWT adalah peristiwa Suraqah bin Malik yang ditawarkan dengan upah 100 ekor unta merah sekiranya dapat membunuh Rasulullah SAW. Suraqah merupakan seorang penunggang kuda dan pemanah yang mahir, dia diuapah oleh pemimpin kafir Quraisy waktu itu untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Suraqah mengejar dan mencari Baginda, tatkala Suraqah menghampiri Nabi, tiba - tiba kaki kudanya terperosok dalam pasir sedangkan dia seorang yang mahir memacu kuda dan tahu selok belok padang pasir tetapi kuda nya terjatuh. Dia bangun kali kedua lalu jatuh semula, bangun kali ke tiga dan jatuh lagi. Tiga kali berturut - turut dia bangun dan jatuh, lantas Rasulullah menghampirinya dan bertanya kepada Suraqah, "Wahai Suraqah, kenapa kamu bersungguh -sungguh benar mahu membunuh aku?" Lalu dijawab oleh Suraqah, " Masakan tidak wahai Muhammad, aku ditawarkan dengan 100 ekor unta merah jika dapat membunuh kamu".


Nabi Muhammad SAW bertanya semula kepada Suraqah, "Wahai Suraqah, mahukah kamu kalau aku berikan kamu hadiah yang jauh lebih lumayan berbanding apa yang ditawarkan oleh orang Quraisy kepada kamu iaitu Aku akan berikan kepada kamu 2 gelang daripada Maharaja Parsi?


Terkejut Suraqah dengan tawaran Baginda, tidak mahu percaya dia tahu Rasulullah SAW ini bagaimana orangnya.. AL-AMIN.. Suraqah pun pulang dalam keadaan tercengang dengan tawaran Baginda pada masa itu. Dari segi logik akalnya, bagaimana Rasulullah hendak merampas gelang dari Maharaja Parsi sedangkan Baginda sendiri dalam perjalanan hijrah, entah kan sampai atau tidak, lebih - lebih lagi untuk menumpaskan

kerajaan Rom dan Parsi yang merupakan kerajaan yang kuat pada masa itu.


Diringkaskan cerita, selepas kewafatan Rasulullah SAW dan pada masa  di bawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab. Pada masa sama juga Suraqah sudah memeluk agama Islam dan di bawah pemerintahan Saidina Umar, beliau telah berjaya mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi ,beliau memanggil Suraqah danWahai Suraqah, katakanlah segala puji bagi Allah yang telah merampas 2 gelang Maharaja Parsi ini daripada Qisra bin Hurmus yang kemudiannya dipakaikan kepada Suraqah bin Malik bagi membuktikan kebenaran janji Nabi"
berkata "

Inilah antara peristiwa yang mempunyai i'brah yang sangat penting kepada insan yang bergerak dalam memperjuangkan Islam iaitu OPTIMIS KEPADA KEMENANGAN ISLAM. Sebagaimana Rasulullah SAW yang begitu optimis dengan janji Baginda yang akan memghadiahkan 2 gelang Maharaja Parsi kepada Suraqah walaupun pada masa itu Baginda sudah tiada. Jauh lebih penting kepada itu, adakah kita sekarang bergerak bersama -sama kebangkitan Islam itu, atau kita hanya menjadi penonton sahaja?


Apa pun, Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada pembaca alkawakib2u.blogspot. Semoga tahun baru ini akan lebih cemerlang berbanding tahun - tahun lalu..


Wassalam..

(p/s : Hari ni nak balik rumah)..

Rabu, 16 Disember 2009

KESIAN KE ADIK DAN AHMAD..

BILA BINTANG BERSUARA...

Rasa bersalah la pulak.. Sebab tumpang tidur kat rumah aku, badan adik jadi gatal - gatal.. Erm.. Pagi tadi adik pergi ke klinik panel keluarga (hehe) Klinik Sulaiman kat bandar bersama Cik Basariah. Cik pulak bawa sepupu kecik aku yang tarikh lahir sama si dia (tahun je yg lain..huhu) iaitu AHMAD sebab dia demam. Cian Ahmad, petang tadi Cik call aku pakai nombor Fatin Amera menceritakan keadaan Ahmad.
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Fatin Amera sebab tu dia call, dapat panggilan maxis percuma.

Ni nak balik dah, baru lepas jumpa bos. Aku apply cuti 4 hari iaitu dari 28 - 31 Disember 2009. Bos dah approve.. So, boleh la aku release tension sejenak sebelum masuk tahun 2010 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi..

Kepada Adik : Along minta maaf


ni bukan Ahmad, hanya ilustrasi semata -mata..hehe
Kepada Ahmad : Makan ubat, jangan nangis2.. baca ABC yer
Kepada Fatin Amera : happy birthday, study untuk SPM tahun depan

p/s : Mak, Abah, Adik nantikan kepulangan anakmu ini esok..hehe

Sabtu, 12 Disember 2009

Variasi Peristiwa Sekitar Diri Aku

BILA BINTANG BERSUARA...

        Pertama sekali, minta maaf kerana sudah lama tidak menghantar entri kerana kesibukan dan hambatan kerja semenjak 2 menjak ini. Dalam ruang masa yang dilalui sebelum entri ini dihantar, pelbagai peristiwa telah berlaku kepada diri ini. Variasi peristiwa yang direncanakan oleh Tuan Punya Dunia ini sudah pasti ada hikmah sebaliknya. Ini antara catatan yang dapat dikongsi bersama para pembaca di luar sana :

5 Disember 2009

Sekitar jam 620pm aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang kawan 1 sekolah dulu, Arif..
Arif : Along, ade kat mane?
Aku : Aku kat KL laa, nape?
Arif : ni ade berita sedih sket nak bgtau ko. ermm..
Aku : Ape dia ?( hati mula rase tak sedap)
Arif : ermm. Kawan kita meninggal dunia , dia accident..
Aku : SIAPA??!!
Arif : Kurie, erm. bagitau kawan2 lain yer..

Innalillah.. itu lah ucapan yang mampu dikeluarkan dari mulutku.. Tiba - tiba kotak fikiran aku terkenang - kenang kembali pertemuan aku dengan almarhum pada kenduri Faridah tempoh hari di Kuantan.. Antara soalan yang diajukan kepada ( nak kata soalan tak juga sebenarnya) rakan - rakan yang hadir mase kami berbual - bual kerana hampir beberapa tahun tidak bersua muka.." batch kita tiada lagikan yang dah "pergi" kan? sebab aku dengar budak2 bawah kita dah ramai yang tiada. Baru -baru ni almarhum naufal meninggal accident". Pada masa itu semua jawab tiada lagi masa ini..
Rupa -rupanya , persoalan itu terjawab dengan pemergian almarhum pada tanggal 5/12/2009.
Aku diberi kesempatan olehNya untuk menziarahi jenazah almarhum bersama rakan - rakan lain, antaranya Murthada, Mat, Shafik, Azie dan adiknya, Aniq dan Wafi dari Kuantan. Walaupun ramai sahabat tidak hadir malam tu, tetepi dengan teknolgi canggih yang ada sekarang Mat telah menghebahkan setiap situasi yang  terkini berlaku melalui FB.

  


p/s : Semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh.. Amin..

6 Disember 2009

Dalam pukul 4.00pagi aku terbangun untuk charge henset, tiba - tiba aku tengok ada miskol dalam kul 2.00 pagi dari abah.. Ermm, aku tiba - tiba menjadi kaget. Lalu aku call semula abah ;
Abah : Along, tak sedar ye tadi.
Aku : A'ah.. nape abah? Ade ape?
Abah : Ermm.. Nak bagitau, tok Yatim kene serangan jantung, tadi wan telefon dia dimasukkan ke CCU.
Aku : Haa?? ( Aku terkejut seketika..) takpe rr la abah, Along ambil EL esok,pagi nanti along ke IJN  yer.
Abah : OK, ape2 nanti maklum semula..


Tepat jam 700pagi aku bergerak ke stesen LRT dan menuju ke Stesen Titiwangsa. Aku telah msg kepada bos yang hari itu aku ambil EL. Sesampai sahaja di IJN aku jumpe dengan wan, dan anak beranak dia. Aku sempat mendengar taklimat dari doktor, dia memaklumkan 3 saluran darah tersumbat.Aku di IJN sampai petang, walaupun kehadiran aku tidak dapat membantu apa -apa dari segi perubatan, sekurang -kurang sokongan moral kepada keluarga mereka.

p/s : Semoga Tok Yatim cepat sembuh..




IKLANEKA