Sah sehingga 9 November Sahaja!

Khamis, 31 Disember 2009

2010 - MEMBUKA TIRAINYA....



BILA BINTANG BERSUARA...

Salam2all,


Tirai 2009 telah melabuhkan tirainya, jendela 2010 pula datang menjelma..
Segala variasi 2009 yang ditinggalkan sudah tentu bercampur - baur
Indah, gembira, suka, sedih, duka,luka, berdarah,berjaya, gagal..
Itulah antara koleksi yang dikumpulkan saban tahun.


2010 membuka tirai yang isi rumahnya tidak tahu lagi apa ceritanya
Semoga tidak berkecamukan dengan hambatan dan kengkangan
Semoga 2010 dapat meluncur dengan baik sahaja.
Salam 2010 untuk semua..


sekitar sambutan ambang 2010 - Kenduri Puisi

Rabu, 23 Disember 2009

BERNOSTALGIA SEKETIKA...

BILA BINTANG BERSUARA...

Nostalgia
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat


Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah 
  
Salam 2 all..
 
Lebih kurang 2 minggu lagi cuti sekolah akan melabuhkan tirainya, maka ketika ini  kelihatan berbondong - bondong orang pergi membeli - belah untuk persiapan anak - anak mereka ke sekolah nanti. Bagi si anak inilah saat - saat yang dinantikan sementelah sekian lama merehatkan minda di rumah dan sekarang bersiap sedia untuk memasuki sessi persekolahan semula ibarat handphone yang dicharge penuh.

Apa kaitan lirik yang aku post kan ini yer.. Memang benar 1001 kenangan indah masa zaman persekolahan dulu kala tak dapat dilupakan. Nama - nama seperti Faiz, Rozaidi, Raja, Ikmal, Shafik Wazan, Mat, Nash,Rifin, Izuan,Jul, fuad mansor, hakim..wahh. ramai lagi rodong - rodong lain yang akan membuat tangan penat nak menaip nama kalian. Ini antaranya sahaja.. memang pelbagai cerita yang sekiranya dijadikan hikayat 1001 malam tak akan abis. Maklum lah, cerita start je bermula pada hari pendaftaran 1st day la kata orang putih sampai la keluar sekolah. baik cerita lucu, sedih, gembira yang menjadi tukang karutnye, yang menjadi awak-awaknya, aduyai.. best tul zaman tu..

Ni pulak antara nama cikgu - cikgi yang pernah berada sezaman dengn aku dulu..huh
  1. ust. ismail (mudir)
  2. pn zahrah
  3. pn norley
  4. ustzh zuhaifah
  5. ust iqbal
  6. cikgu shukri
  7. cikgu khairul hazman
  8. cikgu rozaimah
  9. cikgu raihan
  10. cikgu razali
  11. cikgu yazid
  12. ustaz sheikh
  13. ustz aziz jordan
  14. ustaz aziz mesir
dan ramai lagi  laa. bukan tak ingat, ket nye lenguh jari dah..
 
Aku mendoakan semoga guru - guruku ini berada dalam lindungan Allah SWT tak kira la sekarang ni kat mane berada begitu juga kawan - kawan yang lain...



Khamis, 17 Disember 2009

SALAM 1431Hijrah ... Optimis kepada kemenangan ISLAM..

BILA BINTANG BERSUARA...



Salam 2 all,


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat ISLAM dan IMAN yang menjadi tiket kepada hambaNya untuk diterima setiap amal kebajikan yang dilakukan, selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW yang diutuskan untuk rahmat seluruh alam, ahli keluarga Baginda, para Sahabat dan seluruh pengikut jejak langkah Baginda sehingga yaumul Qiyamah.


Dalam kesibukan masa yang dilalui saban waktu ini, sama ada kita sedar atau tidak tahun 1430 Hijrah akan meninggalkan kita dalam beberapa jam sahaja lagi. Dan ucapan ahlan wasahlan wa marhaban kepada tahun 1431 Hijrah yang akan berkunjung tiba selepasnya nanti. Begitulah putaran masa yang terus meninggalkan kita.Persoalannya, waktu - waktu yang ditinggalkan pergi itu adakah diiisi dengan sebaik mungkin untuk dijadikan bekalan kita di sana nanti.


Sudah pasti sekarang ini ada mereka yang sibuk untuk pelbagai acara sambutan ma'al hijrah tanpa mengira peringkat, dari sekecil - kecil sampailah sebesar -besar peringkat. Hebatnya sambutan  ma'al hijrah di tanah air kita ini diisi dengan pelbagai pengisian. Ada yang mengadakan PERARAKAN, ada buat CERAMAH, dan tertinggal mesti ada MAKAN-MAKAN.. Itulah hebatnya sambutan ma'al Hijrah di sini.


Apabila kita menelusuri Sirah Nabi di kala Baginda diperintahkan oleh Allah SWT berhijrah pelbagai peristiwa yang berlaku untuk dijadikan i'brah dan panduan kepada umatnya masa akan datang. Antara peristiwa daripada pelbagai peristiwa yang direncanakan oleh Allah SWT adalah peristiwa Suraqah bin Malik yang ditawarkan dengan upah 100 ekor unta merah sekiranya dapat membunuh Rasulullah SAW. Suraqah merupakan seorang penunggang kuda dan pemanah yang mahir, dia diuapah oleh pemimpin kafir Quraisy waktu itu untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Suraqah mengejar dan mencari Baginda, tatkala Suraqah menghampiri Nabi, tiba - tiba kaki kudanya terperosok dalam pasir sedangkan dia seorang yang mahir memacu kuda dan tahu selok belok padang pasir tetapi kuda nya terjatuh. Dia bangun kali kedua lalu jatuh semula, bangun kali ke tiga dan jatuh lagi. Tiga kali berturut - turut dia bangun dan jatuh, lantas Rasulullah menghampirinya dan bertanya kepada Suraqah, "Wahai Suraqah, kenapa kamu bersungguh -sungguh benar mahu membunuh aku?" Lalu dijawab oleh Suraqah, " Masakan tidak wahai Muhammad, aku ditawarkan dengan 100 ekor unta merah jika dapat membunuh kamu".


Nabi Muhammad SAW bertanya semula kepada Suraqah, "Wahai Suraqah, mahukah kamu kalau aku berikan kamu hadiah yang jauh lebih lumayan berbanding apa yang ditawarkan oleh orang Quraisy kepada kamu iaitu Aku akan berikan kepada kamu 2 gelang daripada Maharaja Parsi?


Terkejut Suraqah dengan tawaran Baginda, tidak mahu percaya dia tahu Rasulullah SAW ini bagaimana orangnya.. AL-AMIN.. Suraqah pun pulang dalam keadaan tercengang dengan tawaran Baginda pada masa itu. Dari segi logik akalnya, bagaimana Rasulullah hendak merampas gelang dari Maharaja Parsi sedangkan Baginda sendiri dalam perjalanan hijrah, entah kan sampai atau tidak, lebih - lebih lagi untuk menumpaskan

kerajaan Rom dan Parsi yang merupakan kerajaan yang kuat pada masa itu.


Diringkaskan cerita, selepas kewafatan Rasulullah SAW dan pada masa  di bawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab. Pada masa sama juga Suraqah sudah memeluk agama Islam dan di bawah pemerintahan Saidina Umar, beliau telah berjaya mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi ,beliau memanggil Suraqah danWahai Suraqah, katakanlah segala puji bagi Allah yang telah merampas 2 gelang Maharaja Parsi ini daripada Qisra bin Hurmus yang kemudiannya dipakaikan kepada Suraqah bin Malik bagi membuktikan kebenaran janji Nabi"
berkata "

Inilah antara peristiwa yang mempunyai i'brah yang sangat penting kepada insan yang bergerak dalam memperjuangkan Islam iaitu OPTIMIS KEPADA KEMENANGAN ISLAM. Sebagaimana Rasulullah SAW yang begitu optimis dengan janji Baginda yang akan memghadiahkan 2 gelang Maharaja Parsi kepada Suraqah walaupun pada masa itu Baginda sudah tiada. Jauh lebih penting kepada itu, adakah kita sekarang bergerak bersama -sama kebangkitan Islam itu, atau kita hanya menjadi penonton sahaja?


Apa pun, Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada pembaca alkawakib2u.blogspot. Semoga tahun baru ini akan lebih cemerlang berbanding tahun - tahun lalu..


Wassalam..

(p/s : Hari ni nak balik rumah)..

Rabu, 16 Disember 2009

KESIAN KE ADIK DAN AHMAD..

BILA BINTANG BERSUARA...

Rasa bersalah la pulak.. Sebab tumpang tidur kat rumah aku, badan adik jadi gatal - gatal.. Erm.. Pagi tadi adik pergi ke klinik panel keluarga (hehe) Klinik Sulaiman kat bandar bersama Cik Basariah. Cik pulak bawa sepupu kecik aku yang tarikh lahir sama si dia (tahun je yg lain..huhu) iaitu AHMAD sebab dia demam. Cian Ahmad, petang tadi Cik call aku pakai nombor Fatin Amera menceritakan keadaan Ahmad.
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Fatin Amera sebab tu dia call, dapat panggilan maxis percuma.

Ni nak balik dah, baru lepas jumpa bos. Aku apply cuti 4 hari iaitu dari 28 - 31 Disember 2009. Bos dah approve.. So, boleh la aku release tension sejenak sebelum masuk tahun 2010 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi..

Kepada Adik : Along minta maaf


ni bukan Ahmad, hanya ilustrasi semata -mata..hehe
Kepada Ahmad : Makan ubat, jangan nangis2.. baca ABC yer
Kepada Fatin Amera : happy birthday, study untuk SPM tahun depan

p/s : Mak, Abah, Adik nantikan kepulangan anakmu ini esok..hehe

Sabtu, 12 Disember 2009

Variasi Peristiwa Sekitar Diri Aku

BILA BINTANG BERSUARA...

        Pertama sekali, minta maaf kerana sudah lama tidak menghantar entri kerana kesibukan dan hambatan kerja semenjak 2 menjak ini. Dalam ruang masa yang dilalui sebelum entri ini dihantar, pelbagai peristiwa telah berlaku kepada diri ini. Variasi peristiwa yang direncanakan oleh Tuan Punya Dunia ini sudah pasti ada hikmah sebaliknya. Ini antara catatan yang dapat dikongsi bersama para pembaca di luar sana :

5 Disember 2009

Sekitar jam 620pm aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang kawan 1 sekolah dulu, Arif..
Arif : Along, ade kat mane?
Aku : Aku kat KL laa, nape?
Arif : ni ade berita sedih sket nak bgtau ko. ermm..
Aku : Ape dia ?( hati mula rase tak sedap)
Arif : ermm. Kawan kita meninggal dunia , dia accident..
Aku : SIAPA??!!
Arif : Kurie, erm. bagitau kawan2 lain yer..

Innalillah.. itu lah ucapan yang mampu dikeluarkan dari mulutku.. Tiba - tiba kotak fikiran aku terkenang - kenang kembali pertemuan aku dengan almarhum pada kenduri Faridah tempoh hari di Kuantan.. Antara soalan yang diajukan kepada ( nak kata soalan tak juga sebenarnya) rakan - rakan yang hadir mase kami berbual - bual kerana hampir beberapa tahun tidak bersua muka.." batch kita tiada lagikan yang dah "pergi" kan? sebab aku dengar budak2 bawah kita dah ramai yang tiada. Baru -baru ni almarhum naufal meninggal accident". Pada masa itu semua jawab tiada lagi masa ini..
Rupa -rupanya , persoalan itu terjawab dengan pemergian almarhum pada tanggal 5/12/2009.
Aku diberi kesempatan olehNya untuk menziarahi jenazah almarhum bersama rakan - rakan lain, antaranya Murthada, Mat, Shafik, Azie dan adiknya, Aniq dan Wafi dari Kuantan. Walaupun ramai sahabat tidak hadir malam tu, tetepi dengan teknolgi canggih yang ada sekarang Mat telah menghebahkan setiap situasi yang  terkini berlaku melalui FB.

  


p/s : Semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh.. Amin..

6 Disember 2009

Dalam pukul 4.00pagi aku terbangun untuk charge henset, tiba - tiba aku tengok ada miskol dalam kul 2.00 pagi dari abah.. Ermm, aku tiba - tiba menjadi kaget. Lalu aku call semula abah ;
Abah : Along, tak sedar ye tadi.
Aku : A'ah.. nape abah? Ade ape?
Abah : Ermm.. Nak bagitau, tok Yatim kene serangan jantung, tadi wan telefon dia dimasukkan ke CCU.
Aku : Haa?? ( Aku terkejut seketika..) takpe rr la abah, Along ambil EL esok,pagi nanti along ke IJN  yer.
Abah : OK, ape2 nanti maklum semula..


Tepat jam 700pagi aku bergerak ke stesen LRT dan menuju ke Stesen Titiwangsa. Aku telah msg kepada bos yang hari itu aku ambil EL. Sesampai sahaja di IJN aku jumpe dengan wan, dan anak beranak dia. Aku sempat mendengar taklimat dari doktor, dia memaklumkan 3 saluran darah tersumbat.Aku di IJN sampai petang, walaupun kehadiran aku tidak dapat membantu apa -apa dari segi perubatan, sekurang -kurang sokongan moral kepada keluarga mereka.

p/s : Semoga Tok Yatim cepat sembuh..




Rabu, 18 November 2009

DINAMIK POLITIK.. APA YANG ANDA FAHAM?

BILA BINTANG BERSUARA...

        Malam tadi saya berkesempatan menonton rancangan Hujah di saluran tv9 yang dipengerusikan oleh Dr. Agus Yusuf.  Panelisnya pula YB Zulkifli Nordin iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dan tajuk yang diperdebatkan adalah berkaitan krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat. Saya amat tertarik dengan cara YB Zul menjawab soalan yang diajukan oleh moderator ( bagi saya, kebanyakkan soalannya berbentuk provokasi). Antara lain, YB Zul acap kali mengulangi dua perkataan yang boleh dikatakan menjadi penangkis setiap soalan yang diajukan. Dua perkataan yang dimaksudkan itu ialah " DINAMIK POLITIK " dan "KERANGKA POLITIK". Menurut YB Zul apa yang berlaku sekarang dalam PKR dan rakan - rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) merupakan satu proses yang dipanggil dinamik politik. Bagi beliau perkara ini mustahil akan berlaku dalam parti - parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti dominan dalam BN iaitu UMNO. Tambah beliau lagi, peristiwa - peristiwa yang sedang berlaku dalam PR sekarang ini masih berada dalam kerangka politik yang ditetapkan oleh PR. Beliau turut membacakan persepakatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang antaranya tentang Perlembagaan Negara, Hak Bumiputera, Agama Islam, Bahasa Melayu dan sebagainya.

        Persoalannya sekarang, apakah yang anda faham dengan frasa dinamik politik? Adakah dengan hanya membenarkan kebebasan bersuara setiap ahli boleh dikatakan dinamik politik? Adakah dengan membawa slogan - slogan berbentuk retorik boleh ditafsirkan sebagai dinamik politik? Bagaimana pula sekiranya pimpinan terlalu mendengar kata akar umbi boleh diterjemahkan kepada dinamik politik? Adakah perlu budaya cabar - mencabar sesama ahli boleh menjadi kayu ukur sebagai kejayaan dinamik politik? Bolehkan disamakan lompat politik sebagai dinamik politik? Adakah mengeluarkan pendapat peribadi mendahuli pimpinan boleh dizahirkan sebagai dinamik politik? Perselisihan faham dalam rakan - rakan seperjuangan juga adakah membawa pengertian kepada dinamik politik? Inilah persoalan yang akan berlegar di kotak fikiran kita bagaimana menterjemahkan dinamik politik sebenarnya. Jawapannya terletak siapa yang bercakap tentang isu ini. Sekiranya seorang ahli akar umbi yang membicara soal ini sudah tentu definisi dinamik politik ini betul - betul tepat maknanya jika suara kehendak akar umbi didengar oleh barisan pimpinan. Sekiranya aspirasi akar umbi tidak dapat dipenuhi, perkataan yang akan keluar adalah politik statik, jumud dan yang membawa sama maksud dengannya.

       Meneliti pula kita kepada frasa Kerangka Politik ( Political Frame ). Ini lagi satu frasa yang menjadi persoalan kepada penganilisis politik kotemporari. Saya bukanlah orang yang tepat untuk ditanyakan dalam ilmu siyasah atau politik ini. Secara analoginya, kerangka politik ini boleh diibaratkan sebagai kerangka sebuah bangunan. Sesebuah bangunan yang berdiri teguh berasal daripada elemen - elemen struktur bermula daripada foundation yang ampuh sehingga kepada rasuk bumbung. Sekiranya elemen -elemen yang terlibat seperti tiang, foundation, tangga, rasuk dan lantai direka dan dibina secara jujur dan ikhlas tanpa sebarang penyelewengan,  sudah pasti bangunan yang dihasilkan akan menjadi tahan lama hayatnya. Begitulah tamsilan yang boleh dikatakan tentang kerangka politik ini. Dengan kata lain, Sekiranya kerangka politik sesebuah politik ampuh, sudah pasti walau sehebat mana badai yang melanda InsyaAllah dapat diatasi sebaik mungkin.

Persoalan yang saya tinggalkan untuk kita fikir bersama tanpa mengira anda dari parti mana atau tidak berparti. Apakah elemen - elemen yang wajib ada dalam menghasilkan sebuah kerangka politik yang konkrit? Sila tinggalkan jawapan anda dalam ruang komentar yer..

Wassalam..

Ahad, 15 November 2009

Ragam Manusia di Pagi Isnin.. Sepintas Lalu

BILA BINTANG BERSUARA...

Salam 2 all.

Hari Isnin merupakan permulaan hari berkerja bagi negeri kebanyakkan di Malaysia ( kecuali Kedah, Kelantan, danTerengganu). Sudah pasti terdetik dalam hati perasaan malas, culas, dok rok, re'e  nak datang kerja pada hari Isnin tu. Almaklumlah 2 hari bercuti kan, Sabtu dan Ahad. Lebih - lebih lagi bagi mereka yang memenuhi masa senggang tersebut bersama keluarga tersayang. Walaupun badan penat tetapi sebagai tuntutan untuk melahirkan keluarga bahagia,ia mesti dipenuhi bukan? Dan kesannya pulak, hari Isnin keesokannya, mula la nak amik MC la, emergency leave (E.L) la.. huhu.

Itu cerita orang dah berkeluarga.. Bagaimana pulak cerita anak muda remaja kita? Yang ini kita boleh kategorikan kepada 2 golongan plak.. Pertama, mereka yang dah berkerja dan yang kedua mereka yang masih belajar tak kira la sama ada peringkat rendah ke, menengah ke mahupun peringkat universiti. Bagi golongan pertama lebih kurang la dengan cerita di atas. Tapi bagi yang ada semangat kerja yang tinggi lebih - lebih lagi ada plak faktor pendorong seperti nak menolong ibu bapa di kampung ke, sara adik sedang belajar ke,nak kumpul duit nak kahwin ke (hehehe) dan sebagainya la, pemikiran mereka mungkin berbeza sedikit. Mereka terpaksa fokus untuk mencari rezki, bukan setakat diri sendri malah jika disebabkan kemalasan akan mengakibatkan kesan rantaian yang ada pada mereka. Mahu tidak mahu, kerja tetap diteruskan juga.

Golongan ke2 pulak, lain plak ceritanya.. Dengan kata lain golongan ini boleh dipanggil pelajar lagi. Sabtu lepas, saya berkesempatan pergi ke Time Square ( bersama housemate).. hehe. Sesampai saja di sana, mak ai ramai nya 'adik - adik' . Dengan pelbagai ragam dan berpakaian mengikut fesyen terkini, mereka berjalan dalam kumpulan masing - masing. Aku berkata ke rodong serumah aku tu, "Diorang nak release tension kot, maklum la SPM tak lama lagi".  Lalu dia mencelah, " Jangan esok masuk front paper Ahad Metro sudah, Tragedi Sebelum SPM."   Saya hanya gelak kecil sahaja dengan kenyataan yang dilemparkan oleh kawan serumah saya tadi.  Apa pun, semoga berjaya kepada yang akan menduduki SPM dan STPM nanti yer.  Itu yang berada di peringkat sekolah, bagaimana pulak yang berada di peringkat kolej atau universiti yer?

Bagi student yang berada di peringkat ini, hari Sabtu dan Ahad digunakan semaksimum  mungkin untuk mengulangkaji pelajaran. Itu bagi yang jenis ulat buku. Bagi yang aktif berpersatuan pulak, mungkin hari ini terlibat dengan pelbagai program yang telah dirancang sebelum ini. Kadang - kadanga sibuknya kalah pak menteri, hehe. Tapi itulah sedikit sebanyak pengalaman yang berharga sebelum turun ke lapangan ummah sebenar. Maka, lepas berhempas pulas dengan aktiviti pada hujung minggu, hari Isnin kembali juga dengan silibus-silibus baru yang akan diajar oleh para Dr. atau Prof. Madya. Dan tidak hairanlah kadang - kadang hari Isnin kuliah di awal pagi bilangan kerusi kosong lebih banyak dari "penduduknya", hehe.

Cukup dulu setakat ini.. sekiranya ape yang diceritakan ini mengguris perasaan sesape, mohon maaf yer..sekadar berkongsi cerita dan pengalaman yang tak seberapa ni..

Apa pun, saya tinggalkan pembaca sekalian doa untuk menghidari perasaan MALAS.. Selamat beramal...






* re'e - badan rase lenguh - lenguh ( loghat Pahang)
* rodong - kawan (Loghat pahang)

Jumaat, 13 November 2009

Fenomena lambat kahwin@kahwin lambat.. Trend atau sindrom?? (Siri 1)



BILA BINTANG BERSUARA...


Salam 2 all..
Pertama sekali, isu ni dibangkitkan bila berchatting dengan seorang rakan sejawat. Jika ditanya kepada semua makhluk yang bernama manusia di atas muka bumi ini, sudah pasti tidak dapat dinafikan semuanya berkeinginan untuk melalui fasa perkahwinan dengan kata lain berumahtangga, atau dengan ringkasnya proses ini melibatkan  seorang lelaki dan seorang perempuan disatukan secara sah melalui lafaz ijab dan kabul. Walaubagaimanapun, desawarsa kini fenomena kahwin lambat atau lambat kahwin amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyumbangkan fenomena ini boleh berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Pihak lelaki atau Pihak perempuan? Adakah faktor kewangan menjadi punca? Bagaimana pula sekiranya melibatkan status - quo individu tersebut? Ini mungkin secebis persoalan yang berlegar - legar di kotak fikiran yang terbatas ini bukan? Apa pendapat semua lelaki dan perempuan yang sedang membaca artikel ini berkaitan faktor kahwin lambat ini yer? Dan akhir sekali, bagaimana dari perspektif agama isu ini dilihat?

Untuk siri 1 ini, kita akan melihat dari perspektif dari kacamata kaum LELAKI dahulu yer.. Mengapa orang lelaki lambat ingin mendirikan rumah tangga??

Sebagaimana kita sedia maklum orang lelaki ini besar tanggungjawabnya. Bak kata sahabat saya , "berkahwin ini bukan mende yang senang. tapi banyak mende yang perlu dikorbankan selepasnya".. huhu.
Jadi sebelum melangkah ke alam perkahwinan, banyak perkara yang perlu disiapsiagakan bagi melayari bahtera perkahwinan tersebut bersama pasangannya. Daripada pemerhatian saya( bukan kajian sesiapa ) antara persiapan yang perlu  diberi perhatian, boleh dikategorikan kepada 3 elemen iaitu :


  1. Fizikal
  2. Mental
  3. Spiritual
Fizikal di sini bukan sahaja membawa maksud tubuh badan. Memang betul tubuh badan yang sihat menjadi dan bebas daripada penyakit menjadi pra syarat untuk bergelar suami. Skop fizikal yang dimaksudkan di sini membawa erti yang luas iaitu dari segi sumber kewangan yang merangkumi tempat tinggal, kenderaan (jika perlu),makan , minum dan sebagainya. Pendek kata, keMANTOPan dalam isu "kepala agung" boleh konklusikan sebagai pra-syarat untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, sudah tentu si lelaki terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengumpul wang yang agak banyak dalam memenuhi keperluan perkahwinan.



Mental dan Spiritual...

2 elemen yang tidak dapat dipisahkan ibarat lagu dan irama jika dipisahkan, pincanglah ia..Memang betul persediaan seorang lelaki dari sudut mental dan spiritual sebelum perkahwinan amat penting. Mana mungkin ingin menjadi seorang nakhoda dalam mengemudi bahtera yang agak besar, diri  pula tidak dilengkapi dengan disiplin ilmu yang tinggi. Sudah pasti akan menghadapi masalah semasa belayar nanti. Masa pelayaran sudah tentu ada kala ombak kencang, ada kala angin tenang, kadang kala ribut taufan juga melanda. Inilah tamsilan atau anologi yang boleh digambarkan bagi diri seorang lelaki yang ingin bergelar seorang suami.Tanpa asas dan fundemental imu kekeluargaan agak dikhuatiri akan menganggujejaskan perjalanan kebahagiaan sebuah keluarga. Persiapkan diri dan perkemaskanlah diri kita wahai insan yang bernama LELAKI.

Cukup dulu setakat ini yer.. nanti ada mase kita sambung siri 2 plak..
IKLANEKA