Sah sehingga 9 November Sahaja!

Khamis, 17 Disember 2009

SALAM 1431Hijrah ... Optimis kepada kemenangan ISLAM..

BILA BINTANG BERSUARA...



Salam 2 all,


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat ISLAM dan IMAN yang menjadi tiket kepada hambaNya untuk diterima setiap amal kebajikan yang dilakukan, selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW yang diutuskan untuk rahmat seluruh alam, ahli keluarga Baginda, para Sahabat dan seluruh pengikut jejak langkah Baginda sehingga yaumul Qiyamah.


Dalam kesibukan masa yang dilalui saban waktu ini, sama ada kita sedar atau tidak tahun 1430 Hijrah akan meninggalkan kita dalam beberapa jam sahaja lagi. Dan ucapan ahlan wasahlan wa marhaban kepada tahun 1431 Hijrah yang akan berkunjung tiba selepasnya nanti. Begitulah putaran masa yang terus meninggalkan kita.Persoalannya, waktu - waktu yang ditinggalkan pergi itu adakah diiisi dengan sebaik mungkin untuk dijadikan bekalan kita di sana nanti.


Sudah pasti sekarang ini ada mereka yang sibuk untuk pelbagai acara sambutan ma'al hijrah tanpa mengira peringkat, dari sekecil - kecil sampailah sebesar -besar peringkat. Hebatnya sambutan  ma'al hijrah di tanah air kita ini diisi dengan pelbagai pengisian. Ada yang mengadakan PERARAKAN, ada buat CERAMAH, dan tertinggal mesti ada MAKAN-MAKAN.. Itulah hebatnya sambutan ma'al Hijrah di sini.


Apabila kita menelusuri Sirah Nabi di kala Baginda diperintahkan oleh Allah SWT berhijrah pelbagai peristiwa yang berlaku untuk dijadikan i'brah dan panduan kepada umatnya masa akan datang. Antara peristiwa daripada pelbagai peristiwa yang direncanakan oleh Allah SWT adalah peristiwa Suraqah bin Malik yang ditawarkan dengan upah 100 ekor unta merah sekiranya dapat membunuh Rasulullah SAW. Suraqah merupakan seorang penunggang kuda dan pemanah yang mahir, dia diuapah oleh pemimpin kafir Quraisy waktu itu untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Suraqah mengejar dan mencari Baginda, tatkala Suraqah menghampiri Nabi, tiba - tiba kaki kudanya terperosok dalam pasir sedangkan dia seorang yang mahir memacu kuda dan tahu selok belok padang pasir tetapi kuda nya terjatuh. Dia bangun kali kedua lalu jatuh semula, bangun kali ke tiga dan jatuh lagi. Tiga kali berturut - turut dia bangun dan jatuh, lantas Rasulullah menghampirinya dan bertanya kepada Suraqah, "Wahai Suraqah, kenapa kamu bersungguh -sungguh benar mahu membunuh aku?" Lalu dijawab oleh Suraqah, " Masakan tidak wahai Muhammad, aku ditawarkan dengan 100 ekor unta merah jika dapat membunuh kamu".


Nabi Muhammad SAW bertanya semula kepada Suraqah, "Wahai Suraqah, mahukah kamu kalau aku berikan kamu hadiah yang jauh lebih lumayan berbanding apa yang ditawarkan oleh orang Quraisy kepada kamu iaitu Aku akan berikan kepada kamu 2 gelang daripada Maharaja Parsi?


Terkejut Suraqah dengan tawaran Baginda, tidak mahu percaya dia tahu Rasulullah SAW ini bagaimana orangnya.. AL-AMIN.. Suraqah pun pulang dalam keadaan tercengang dengan tawaran Baginda pada masa itu. Dari segi logik akalnya, bagaimana Rasulullah hendak merampas gelang dari Maharaja Parsi sedangkan Baginda sendiri dalam perjalanan hijrah, entah kan sampai atau tidak, lebih - lebih lagi untuk menumpaskan

kerajaan Rom dan Parsi yang merupakan kerajaan yang kuat pada masa itu.


Diringkaskan cerita, selepas kewafatan Rasulullah SAW dan pada masa  di bawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab. Pada masa sama juga Suraqah sudah memeluk agama Islam dan di bawah pemerintahan Saidina Umar, beliau telah berjaya mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi ,beliau memanggil Suraqah danWahai Suraqah, katakanlah segala puji bagi Allah yang telah merampas 2 gelang Maharaja Parsi ini daripada Qisra bin Hurmus yang kemudiannya dipakaikan kepada Suraqah bin Malik bagi membuktikan kebenaran janji Nabi"
berkata "

Inilah antara peristiwa yang mempunyai i'brah yang sangat penting kepada insan yang bergerak dalam memperjuangkan Islam iaitu OPTIMIS KEPADA KEMENANGAN ISLAM. Sebagaimana Rasulullah SAW yang begitu optimis dengan janji Baginda yang akan memghadiahkan 2 gelang Maharaja Parsi kepada Suraqah walaupun pada masa itu Baginda sudah tiada. Jauh lebih penting kepada itu, adakah kita sekarang bergerak bersama -sama kebangkitan Islam itu, atau kita hanya menjadi penonton sahaja?


Apa pun, Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah kepada pembaca alkawakib2u.blogspot. Semoga tahun baru ini akan lebih cemerlang berbanding tahun - tahun lalu..


Wassalam..

(p/s : Hari ni nak balik rumah)..

Tiada ulasan:

IKLANEKA