Sah sehingga 9 November Sahaja!

Rabu, 18 November 2009

DINAMIK POLITIK.. APA YANG ANDA FAHAM?

BILA BINTANG BERSUARA...

        Malam tadi saya berkesempatan menonton rancangan Hujah di saluran tv9 yang dipengerusikan oleh Dr. Agus Yusuf.  Panelisnya pula YB Zulkifli Nordin iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dan tajuk yang diperdebatkan adalah berkaitan krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat. Saya amat tertarik dengan cara YB Zul menjawab soalan yang diajukan oleh moderator ( bagi saya, kebanyakkan soalannya berbentuk provokasi). Antara lain, YB Zul acap kali mengulangi dua perkataan yang boleh dikatakan menjadi penangkis setiap soalan yang diajukan. Dua perkataan yang dimaksudkan itu ialah " DINAMIK POLITIK " dan "KERANGKA POLITIK". Menurut YB Zul apa yang berlaku sekarang dalam PKR dan rakan - rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) merupakan satu proses yang dipanggil dinamik politik. Bagi beliau perkara ini mustahil akan berlaku dalam parti - parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti dominan dalam BN iaitu UMNO. Tambah beliau lagi, peristiwa - peristiwa yang sedang berlaku dalam PR sekarang ini masih berada dalam kerangka politik yang ditetapkan oleh PR. Beliau turut membacakan persepakatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang antaranya tentang Perlembagaan Negara, Hak Bumiputera, Agama Islam, Bahasa Melayu dan sebagainya.

        Persoalannya sekarang, apakah yang anda faham dengan frasa dinamik politik? Adakah dengan hanya membenarkan kebebasan bersuara setiap ahli boleh dikatakan dinamik politik? Adakah dengan membawa slogan - slogan berbentuk retorik boleh ditafsirkan sebagai dinamik politik? Bagaimana pula sekiranya pimpinan terlalu mendengar kata akar umbi boleh diterjemahkan kepada dinamik politik? Adakah perlu budaya cabar - mencabar sesama ahli boleh menjadi kayu ukur sebagai kejayaan dinamik politik? Bolehkan disamakan lompat politik sebagai dinamik politik? Adakah mengeluarkan pendapat peribadi mendahuli pimpinan boleh dizahirkan sebagai dinamik politik? Perselisihan faham dalam rakan - rakan seperjuangan juga adakah membawa pengertian kepada dinamik politik? Inilah persoalan yang akan berlegar di kotak fikiran kita bagaimana menterjemahkan dinamik politik sebenarnya. Jawapannya terletak siapa yang bercakap tentang isu ini. Sekiranya seorang ahli akar umbi yang membicara soal ini sudah tentu definisi dinamik politik ini betul - betul tepat maknanya jika suara kehendak akar umbi didengar oleh barisan pimpinan. Sekiranya aspirasi akar umbi tidak dapat dipenuhi, perkataan yang akan keluar adalah politik statik, jumud dan yang membawa sama maksud dengannya.

       Meneliti pula kita kepada frasa Kerangka Politik ( Political Frame ). Ini lagi satu frasa yang menjadi persoalan kepada penganilisis politik kotemporari. Saya bukanlah orang yang tepat untuk ditanyakan dalam ilmu siyasah atau politik ini. Secara analoginya, kerangka politik ini boleh diibaratkan sebagai kerangka sebuah bangunan. Sesebuah bangunan yang berdiri teguh berasal daripada elemen - elemen struktur bermula daripada foundation yang ampuh sehingga kepada rasuk bumbung. Sekiranya elemen -elemen yang terlibat seperti tiang, foundation, tangga, rasuk dan lantai direka dan dibina secara jujur dan ikhlas tanpa sebarang penyelewengan,  sudah pasti bangunan yang dihasilkan akan menjadi tahan lama hayatnya. Begitulah tamsilan yang boleh dikatakan tentang kerangka politik ini. Dengan kata lain, Sekiranya kerangka politik sesebuah politik ampuh, sudah pasti walau sehebat mana badai yang melanda InsyaAllah dapat diatasi sebaik mungkin.

Persoalan yang saya tinggalkan untuk kita fikir bersama tanpa mengira anda dari parti mana atau tidak berparti. Apakah elemen - elemen yang wajib ada dalam menghasilkan sebuah kerangka politik yang konkrit? Sila tinggalkan jawapan anda dalam ruang komentar yer..

Wassalam..

Ahad, 15 November 2009

Ragam Manusia di Pagi Isnin.. Sepintas Lalu

BILA BINTANG BERSUARA...

Salam 2 all.

Hari Isnin merupakan permulaan hari berkerja bagi negeri kebanyakkan di Malaysia ( kecuali Kedah, Kelantan, danTerengganu). Sudah pasti terdetik dalam hati perasaan malas, culas, dok rok, re'e  nak datang kerja pada hari Isnin tu. Almaklumlah 2 hari bercuti kan, Sabtu dan Ahad. Lebih - lebih lagi bagi mereka yang memenuhi masa senggang tersebut bersama keluarga tersayang. Walaupun badan penat tetapi sebagai tuntutan untuk melahirkan keluarga bahagia,ia mesti dipenuhi bukan? Dan kesannya pulak, hari Isnin keesokannya, mula la nak amik MC la, emergency leave (E.L) la.. huhu.

Itu cerita orang dah berkeluarga.. Bagaimana pulak cerita anak muda remaja kita? Yang ini kita boleh kategorikan kepada 2 golongan plak.. Pertama, mereka yang dah berkerja dan yang kedua mereka yang masih belajar tak kira la sama ada peringkat rendah ke, menengah ke mahupun peringkat universiti. Bagi golongan pertama lebih kurang la dengan cerita di atas. Tapi bagi yang ada semangat kerja yang tinggi lebih - lebih lagi ada plak faktor pendorong seperti nak menolong ibu bapa di kampung ke, sara adik sedang belajar ke,nak kumpul duit nak kahwin ke (hehehe) dan sebagainya la, pemikiran mereka mungkin berbeza sedikit. Mereka terpaksa fokus untuk mencari rezki, bukan setakat diri sendri malah jika disebabkan kemalasan akan mengakibatkan kesan rantaian yang ada pada mereka. Mahu tidak mahu, kerja tetap diteruskan juga.

Golongan ke2 pulak, lain plak ceritanya.. Dengan kata lain golongan ini boleh dipanggil pelajar lagi. Sabtu lepas, saya berkesempatan pergi ke Time Square ( bersama housemate).. hehe. Sesampai saja di sana, mak ai ramai nya 'adik - adik' . Dengan pelbagai ragam dan berpakaian mengikut fesyen terkini, mereka berjalan dalam kumpulan masing - masing. Aku berkata ke rodong serumah aku tu, "Diorang nak release tension kot, maklum la SPM tak lama lagi".  Lalu dia mencelah, " Jangan esok masuk front paper Ahad Metro sudah, Tragedi Sebelum SPM."   Saya hanya gelak kecil sahaja dengan kenyataan yang dilemparkan oleh kawan serumah saya tadi.  Apa pun, semoga berjaya kepada yang akan menduduki SPM dan STPM nanti yer.  Itu yang berada di peringkat sekolah, bagaimana pulak yang berada di peringkat kolej atau universiti yer?

Bagi student yang berada di peringkat ini, hari Sabtu dan Ahad digunakan semaksimum  mungkin untuk mengulangkaji pelajaran. Itu bagi yang jenis ulat buku. Bagi yang aktif berpersatuan pulak, mungkin hari ini terlibat dengan pelbagai program yang telah dirancang sebelum ini. Kadang - kadanga sibuknya kalah pak menteri, hehe. Tapi itulah sedikit sebanyak pengalaman yang berharga sebelum turun ke lapangan ummah sebenar. Maka, lepas berhempas pulas dengan aktiviti pada hujung minggu, hari Isnin kembali juga dengan silibus-silibus baru yang akan diajar oleh para Dr. atau Prof. Madya. Dan tidak hairanlah kadang - kadang hari Isnin kuliah di awal pagi bilangan kerusi kosong lebih banyak dari "penduduknya", hehe.

Cukup dulu setakat ini.. sekiranya ape yang diceritakan ini mengguris perasaan sesape, mohon maaf yer..sekadar berkongsi cerita dan pengalaman yang tak seberapa ni..

Apa pun, saya tinggalkan pembaca sekalian doa untuk menghidari perasaan MALAS.. Selamat beramal...






* re'e - badan rase lenguh - lenguh ( loghat Pahang)
* rodong - kawan (Loghat pahang)

Jumaat, 13 November 2009

Fenomena lambat kahwin@kahwin lambat.. Trend atau sindrom?? (Siri 1)



BILA BINTANG BERSUARA...


Salam 2 all..
Pertama sekali, isu ni dibangkitkan bila berchatting dengan seorang rakan sejawat. Jika ditanya kepada semua makhluk yang bernama manusia di atas muka bumi ini, sudah pasti tidak dapat dinafikan semuanya berkeinginan untuk melalui fasa perkahwinan dengan kata lain berumahtangga, atau dengan ringkasnya proses ini melibatkan  seorang lelaki dan seorang perempuan disatukan secara sah melalui lafaz ijab dan kabul. Walaubagaimanapun, desawarsa kini fenomena kahwin lambat atau lambat kahwin amat membimbangkan. Apakah faktor yang menyumbangkan fenomena ini boleh berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Pihak lelaki atau Pihak perempuan? Adakah faktor kewangan menjadi punca? Bagaimana pula sekiranya melibatkan status - quo individu tersebut? Ini mungkin secebis persoalan yang berlegar - legar di kotak fikiran yang terbatas ini bukan? Apa pendapat semua lelaki dan perempuan yang sedang membaca artikel ini berkaitan faktor kahwin lambat ini yer? Dan akhir sekali, bagaimana dari perspektif agama isu ini dilihat?

Untuk siri 1 ini, kita akan melihat dari perspektif dari kacamata kaum LELAKI dahulu yer.. Mengapa orang lelaki lambat ingin mendirikan rumah tangga??

Sebagaimana kita sedia maklum orang lelaki ini besar tanggungjawabnya. Bak kata sahabat saya , "berkahwin ini bukan mende yang senang. tapi banyak mende yang perlu dikorbankan selepasnya".. huhu.
Jadi sebelum melangkah ke alam perkahwinan, banyak perkara yang perlu disiapsiagakan bagi melayari bahtera perkahwinan tersebut bersama pasangannya. Daripada pemerhatian saya( bukan kajian sesiapa ) antara persiapan yang perlu  diberi perhatian, boleh dikategorikan kepada 3 elemen iaitu :


  1. Fizikal
  2. Mental
  3. Spiritual
Fizikal di sini bukan sahaja membawa maksud tubuh badan. Memang betul tubuh badan yang sihat menjadi dan bebas daripada penyakit menjadi pra syarat untuk bergelar suami. Skop fizikal yang dimaksudkan di sini membawa erti yang luas iaitu dari segi sumber kewangan yang merangkumi tempat tinggal, kenderaan (jika perlu),makan , minum dan sebagainya. Pendek kata, keMANTOPan dalam isu "kepala agung" boleh konklusikan sebagai pra-syarat untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, sudah tentu si lelaki terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengumpul wang yang agak banyak dalam memenuhi keperluan perkahwinan.



Mental dan Spiritual...

2 elemen yang tidak dapat dipisahkan ibarat lagu dan irama jika dipisahkan, pincanglah ia..Memang betul persediaan seorang lelaki dari sudut mental dan spiritual sebelum perkahwinan amat penting. Mana mungkin ingin menjadi seorang nakhoda dalam mengemudi bahtera yang agak besar, diri  pula tidak dilengkapi dengan disiplin ilmu yang tinggi. Sudah pasti akan menghadapi masalah semasa belayar nanti. Masa pelayaran sudah tentu ada kala ombak kencang, ada kala angin tenang, kadang kala ribut taufan juga melanda. Inilah tamsilan atau anologi yang boleh digambarkan bagi diri seorang lelaki yang ingin bergelar seorang suami.Tanpa asas dan fundemental imu kekeluargaan agak dikhuatiri akan menganggujejaskan perjalanan kebahagiaan sebuah keluarga. Persiapkan diri dan perkemaskanlah diri kita wahai insan yang bernama LELAKI.

Cukup dulu setakat ini yer.. nanti ada mase kita sambung siri 2 plak..
IKLANEKA