Sah sehingga 9 November Sahaja!

Rabu, 18 November 2009

DINAMIK POLITIK.. APA YANG ANDA FAHAM?

BILA BINTANG BERSUARA...

        Malam tadi saya berkesempatan menonton rancangan Hujah di saluran tv9 yang dipengerusikan oleh Dr. Agus Yusuf.  Panelisnya pula YB Zulkifli Nordin iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dan tajuk yang diperdebatkan adalah berkaitan krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat. Saya amat tertarik dengan cara YB Zul menjawab soalan yang diajukan oleh moderator ( bagi saya, kebanyakkan soalannya berbentuk provokasi). Antara lain, YB Zul acap kali mengulangi dua perkataan yang boleh dikatakan menjadi penangkis setiap soalan yang diajukan. Dua perkataan yang dimaksudkan itu ialah " DINAMIK POLITIK " dan "KERANGKA POLITIK". Menurut YB Zul apa yang berlaku sekarang dalam PKR dan rakan - rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) merupakan satu proses yang dipanggil dinamik politik. Bagi beliau perkara ini mustahil akan berlaku dalam parti - parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti dominan dalam BN iaitu UMNO. Tambah beliau lagi, peristiwa - peristiwa yang sedang berlaku dalam PR sekarang ini masih berada dalam kerangka politik yang ditetapkan oleh PR. Beliau turut membacakan persepakatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang antaranya tentang Perlembagaan Negara, Hak Bumiputera, Agama Islam, Bahasa Melayu dan sebagainya.

        Persoalannya sekarang, apakah yang anda faham dengan frasa dinamik politik? Adakah dengan hanya membenarkan kebebasan bersuara setiap ahli boleh dikatakan dinamik politik? Adakah dengan membawa slogan - slogan berbentuk retorik boleh ditafsirkan sebagai dinamik politik? Bagaimana pula sekiranya pimpinan terlalu mendengar kata akar umbi boleh diterjemahkan kepada dinamik politik? Adakah perlu budaya cabar - mencabar sesama ahli boleh menjadi kayu ukur sebagai kejayaan dinamik politik? Bolehkan disamakan lompat politik sebagai dinamik politik? Adakah mengeluarkan pendapat peribadi mendahuli pimpinan boleh dizahirkan sebagai dinamik politik? Perselisihan faham dalam rakan - rakan seperjuangan juga adakah membawa pengertian kepada dinamik politik? Inilah persoalan yang akan berlegar di kotak fikiran kita bagaimana menterjemahkan dinamik politik sebenarnya. Jawapannya terletak siapa yang bercakap tentang isu ini. Sekiranya seorang ahli akar umbi yang membicara soal ini sudah tentu definisi dinamik politik ini betul - betul tepat maknanya jika suara kehendak akar umbi didengar oleh barisan pimpinan. Sekiranya aspirasi akar umbi tidak dapat dipenuhi, perkataan yang akan keluar adalah politik statik, jumud dan yang membawa sama maksud dengannya.

       Meneliti pula kita kepada frasa Kerangka Politik ( Political Frame ). Ini lagi satu frasa yang menjadi persoalan kepada penganilisis politik kotemporari. Saya bukanlah orang yang tepat untuk ditanyakan dalam ilmu siyasah atau politik ini. Secara analoginya, kerangka politik ini boleh diibaratkan sebagai kerangka sebuah bangunan. Sesebuah bangunan yang berdiri teguh berasal daripada elemen - elemen struktur bermula daripada foundation yang ampuh sehingga kepada rasuk bumbung. Sekiranya elemen -elemen yang terlibat seperti tiang, foundation, tangga, rasuk dan lantai direka dan dibina secara jujur dan ikhlas tanpa sebarang penyelewengan,  sudah pasti bangunan yang dihasilkan akan menjadi tahan lama hayatnya. Begitulah tamsilan yang boleh dikatakan tentang kerangka politik ini. Dengan kata lain, Sekiranya kerangka politik sesebuah politik ampuh, sudah pasti walau sehebat mana badai yang melanda InsyaAllah dapat diatasi sebaik mungkin.

Persoalan yang saya tinggalkan untuk kita fikir bersama tanpa mengira anda dari parti mana atau tidak berparti. Apakah elemen - elemen yang wajib ada dalam menghasilkan sebuah kerangka politik yang konkrit? Sila tinggalkan jawapan anda dalam ruang komentar yer..

Wassalam..

Tiada ulasan:

IKLANEKA